Kenali Herba





Nama Saintifik

Zingiber montanum (J. Koenig) Link ex A.Dietr.

Family

Zingiberaceae

Nama Tempatan

Bonglai

Keterangan

Zingiber montanum ialah sebuah tepus yang tumbuh secara menegak. Rizomnya berwarna jingga muda di bahagian dalam dan beraroma kuat. Batangnya pula kebiasaannya mempunyai panjang 1.2-1.5 m, kadang kala mencapai 2 m. Daunnya sesil, tumbuh secara rapat dan padat, glabrus kecuali bahagian bawah pada midrib berbulu. Daun runcing hingga ke bahagian hujung daun dan lebar pada bahagian pangkal, ligul berbulu, pelepah daun glabrus atau berbulu pada tepi berhampiran ligul. Jambak bunga berbentuk fusiform atau silinder-ovat, akut, berwarna hijau keperangan dengan tepi berwarna pucat, infloresen berbulu pada bahagian yang terdedah. Korola dan labelum berwarna kuning pucat, lobus tengah berbentuk hampir bulat.



Kegunaan

Bonglai biasa digunakan sebagai penjagaan kesihatan dalaman, melegakan sakit sendi dan lenguh badan, merawat kayap, meredakan budak menangis, merawat buasir, ramuan majun, ramuan minyak urut patah, sediaan mandi bunga, penjagaan bagi ibu selepas bersalin, mandian bagi ibu selepas bersalin, ramuan param, bengkung, pilis, merawat sawan, sawan mayat dan sawan mayat (bayi).



Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)