Kenali Herba
Nama Saintifik
Syzygium aromaticum (L.) Merr. & L.M.PerryFamily
MyrtaceaeNama Tempatan
Bunga cengkih (Perak, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Terengganu, Selangor, Melaka, Johor), cingkeh, cengkihKeterangan
Syzygium aromaticum ialah sejenis pokok mencapai ketinggian hingga 20 m. Batang bercabang agak rendah, kulit batang berwarna kelabu. Daun tersusun berselang, berbentuk obovat-oblong hingga eliptik, pangkal daun berbentuk akut, hujung daun berbentuk akuminat, permukaan daun berkilat, mempunyai tompokan kelenjar, dan berbau wangi apabila diramas. Tangkai daun berwarna kemerahan dan membengkak pada bahagian pangkal. Jambak bunga pada terminal, jenis panikel. Bunga biseks, kuntum bunga bersaiz panjang, kaliks berbentuk tiub, berwarna hijau kekuningan kemudian menjadi warna kemerahan, dan mempunyai empat petal berwarna kemerahan. Buah jenis beri, berbentuk elipsoid hingga obovoid, berwarna merah gelap, berbiji satu yang berbentuk oblongoid.
Kegunaan
Bunga cengkih digunakan untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita, penjagaan ibu selepas bersalin, mandian ibu selepas bersalin, minuman ibu selepas bersalin, ramuan jamu, majun, pilis, minyak urut, melegakan sakit urat, mengurangkan keputihan, merawat angin ahmar, dan rawatan komplemen kepada masalah batu karang.
Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)
