Kenali Herba





Nama Saintifik

Kaempferia galanga L.

Family

Zingiberaceae

Nama Tempatan

Cekur, cekor, chekur (Johor, Melaka, Kedah, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Perlis, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan), cekur daun panjang (Terengganu), cengkur

Keterangan

Kaempferia galanga ialah sejenis tepus atau herba kecil. Daunnya terdiri daripada 3-5 helai daun, mempunyai sarung daun, daun tumbuh secara melintang dan menghampiri tanah, bentuk eliptik hingga hampir orbikular, hujung daun akuminat, glabrus pada bahagian adaksial dan berbulu di bahagian abaksial. Jambak bunga tumbuh menegak daripada celah daun, tidak bertangkai, dan mempunyai 12-15 kuntum bunga. Bunga berwarna putih, labelum berbentuk obovat dan berwarna putih atau ungu pucat pada bahagian pangkal.



Kegunaan

Cekur digunakan untuk penjagaan kesihatan dalaman lelaki dan wanita, penjagaan bagi ibu selepas bersalin, mandian bagi ibu selepas bersalin, ramuan majun, ramuan pilis, ramuan param, ramuan ubat barut, memperbanyakkan susu ibu, ramuan jamu, ramuan bedak sejuk, ramuan bertangas, lulur badan, membuang angin dalam badan, ramuan minyak urut, melegakan batuk, merawat kudis, masalah pencernaan, luka dalaman, kecacingan, dan gastrik, meredakan demam kuning, demam, merawat gout, angin ahmar, dan patah, mengawal tekanan darah dan aras glukosa dalam darah, dan rawatan komplemen kepada masalah ketumbuhan



Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)