Kenali Herba





Nama Saintifik

Cananga odorata (Lam.) Hook. F. & Thomson

Family

Annonaceae

Nama Tempatan

Kenanga, semendarasa

Keterangan

Cananga odorota boleh tumbuh mencapai ketinggian hingga 30 m. Ranting yang kering berwarna perang gelap atau hitam. Pokok tanpa banir, batang licin berwarna kelabu pucat atau warna perak. Daun ringkas tersusun secara berselang. Daun nipis seakan-akan kertas, daun kering berwarna perang gelap hingga kelabu hingga perang di permukaan atas daun, manakala permukaan bawah daun berwarna sedikit pucat. Daun berbulu di kedua-dua permukaan. Apabila daun mencapai kematangan, permukaan atas menjadi glabrus kecuali sedikit berbulu di bahagian midrib manakala pada permukaan bawah berbulu padat. Daun berbentuk ovat hingga ovat-oblong atau ovat-lanseolat. Apeks daun akuminat; pangkal daun kuneat, bulat atau kordat. Midrib dan peruratan sekunder sedikit timbul di permukaan atas daun manakala menonjol di permukaan bawah. Mempunyai 7-13 pasangan urat daun sekunder. Jambak bunga pada aksilari atau terminal, jenis rasem. Bungan biseksual, berbau wangi, mempunyai tiga sepal, dan enam petal. Buah jenis monokarpa hingga 20 atau lebih, berbentuk globosa tau ellipsoid, seringkali bersegi, buah kering berwarna hitam dan glabrus. Mempunyai empat biji dalam satu monokarpa, berwarna perang apabila kering dan permukaan licin.



Kegunaan

Kenanga digunakan sebagai sediaan mandian bunga, penjagaan bagi ibu selepas bersalun, mengecutkan peranakan, ramuan majun, ramuan minyak urut, melegakan sakit urat, mengembalikan kesegaran badan, meredakan demam kuning, merawat resdung, uluran, gastrik, dan buasir, mengawal tekanan darah tinggi, dan mengawal aras glukosa dalam darah.



Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)