Kenali Herba





Nama Saintifik

Persicaria minor (Huds.) Opiz

Family

Polygonaceae

Nama Tempatan

Kesum (Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan)

Keterangan

Persicaria minor ialah sejenis herba saka atau perenial, menjalar, dan boleh tumbuh mencapai ketinggian hingga 1 m. Batang berbentuk silinder, berwarna hijau dan sedikit kemerah-merahan, mempunyai buku dan ruas yang pendek, dan senang berakar pada bahagian ruas. Daun tersusun berselang, berbentuk lanseolat memanjang, dan sangat beraroma. Jambak bunga jenis pseudospika, terletak pada terminal. Bunga atau periant berwarna putih hingga merah jambu. Buah berwarna hitam hingga perang gelap dan permukaan berkilat.



Kegunaan

Kesum digunakan untuk merawat senggugut, mengawal tekanan darah tinggi dan aras glukosa dalam darah, merawat angin ahmar, dan rawatan komplemen kepada masalah ketumbuhan di dalam perut.



Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)