Kenali Herba
Nama Saintifik
Piper nigrum L.Family
PiperaceaeNama Tempatan
Lada hitam (Perak, Selangor, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu) lada putih, lada sulah.Keterangan
Piper nigrum ialah tumbuhan pepanjat mencapai ketinggian hingga 10 m. Permukaan batang licin, batang mempunyai ruas. Daun ringkas, glabrus, tersusun secara berselang, berbentuk ovat, tepi daun licin, hujung daun berbentuk akuminat, pangkal daun oblik hingga membulat. Daun bahagian atas berwarna hijau gelap berkilat manakala daun bahagian bawah berwarna hijau pucat dan mempunyai bintik-bintik kelenjar. Peruratan daun sekunder mempunyai 5-7 pasang. Jambak bunga jenis spika, kelihatan bertentangan dengan daun pada percabangan batang. Bunga uniseks atau biseks. Buah berbentuk globos, jenis drup, sesil atau tidak bertangkai, berwarna meran apabila masak. Biji berbentuk globos.
Kegunaan
Lada hitam digunakan untuk penjagaan ibu selepas bersalin, mandian ibu selepas bersalin, memudahkan ibu bersalin, meningkatkan kesihatan dalaman wanita, ramuan jamu, majun, barut, minyak urut, minyak celak, sediaan mandi herba, mencuci uri, melawaskan kencing, melegakan lenguh badan, sakit otot, bisa badan, sakit urat, meredakan kembung perut, membuang angin dalam badan, meredakan angin pasang, demam, merawat masalah rambut, kulit kepala, kayap, buasir, sakit usus, gastrik, angin medu, patah, mengawal tekanan darah tinggi dan aras glukosa dalam darah, rawatan komplemen kepada masalah buah pinggang, ketumbuhan di dalam perut, dan sakit jantung.
Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)
