Kenali Herba
Nama Saintifik
Brucea javanica (L.) Merr.Family
SimaroubaceaeNama Tempatan
Lada pahit, melada pahit, lada barau, cerek Jantan, embalau, embalau padang, embalau betina, malau, hempedu beruang, sarai pusur, sisek manek, serajat, habelur, abelor, suntang hutan.Keterangan
Brucea javanica (L.) Merr. merupakan tumbuhan renek atau pokok kecil yang mencapai ketinggian hingga 10 m. Ranting dan daun mempunyai bulu lembut. Daun majmuk, jenis imparipinat, tersusun secara setentang dan berpilin, bilah daun berbentuk ovat hingga oblong atau ovat hingga lanseolat, tepi daun jenis serat atau krenat, hujung daun atenuat, pangkal daun membulat, dan peruratan sekunder daun tidak bercabang. Tidak mempunyai stipul, tangkai daun pendek. Jambak bunga pada aksilari, pubesen, terdiri daripada simos kecil dan seakan-akan jenis rasem. Bunga uniseks, bersaiz kecil, berwarna putih kehijauan ke merah kehijauan atau ungu. Buah berisi drup, buah kering berwarna hitam-ungu. Biji berbentuk ovoid.
Kegunaan
Lada pahit digunakan dalam penjagaan kesihatan dalaman lelaki dan Wanita, merawat bisul, penjagaan bagi ibu selepas bersalin, ramuan minyak urut, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal aras glukosa dalam darah, merawat buasir, merawat gastrik, rawatan komplemen kepada masalah jantung, dan masalah ketumbuhan.
Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)
