Kenali Herba





Nama Saintifik

Alphia galanga Wild.

Family

Zingiberaceae

Nama Tempatan

Lengkuas, langkuas, lengkuas benar, lengkuas biasa, puar, mengkanang

Keterangan

Alphia galanga Wild. merupakan sejenis tepus yang besar. Isi rizom yang tebal, beraroma, dan berwarna merah atau kuning pucat. Batang palsu mencapai ketinggian hingga 2 m. Daun ringkas, tersusun secara berselang, berbentuk oblong-lanseolat, berwarna hijau berkilat dan berbintik putih, hujung daun berbentuk akut, pangkal daun kuneat, dan mempunyai petiol yang berbulu. Ligul daun berbentuk trunkat dan bersifat pubesen. Jambak bunga pada terminal, jenis rasemosa, menegak, mempunyai bunga yang banyak, dan bersifat pubese. Braktea berbentuk ovat, setiap braktea mempunyai 2-6 kuntum bunga membentuk sinsinus, mempunyai brakteol bersaiz kecil. Bunga berbau, berwarna kuning-putih. Kaliks bunga berbentuk tiub, berwarna putih, dan lobus berbentuk ovat. Korola bunga berbentuk teret, mempunyai tiga lobus, melengkung, berbentuk oblong-lanseolat, margin siliat, berwarna hijau-putih. Labelum berbentuk spatula, berwarna putih dengan jalur urat berwarna ungu lembut hingga ungu. Buah jenis kapsul, berbentuk globos hingga ellipsoid, berwarna jingga-kemerahan hingga merah, berwarna hitam apabila matang. Mepunyai 2-3 biji dalam satu kapsul.



Kegunaan

Lengkuas digunakan untuk penjagaan Kesihatan dalaman, penjagaan ibu selepas bersalin, mandian ibu selepas bersalin, sediaan mandi wap, lapik tungku, ramuan jamu, majun, pilis, bertangas, minyak urut, mencuci uri, menambahkan sel darah putih, meredakan demam kuning, demam panas, membuang angin dalam badan, merawat angin ahmar, melegakan sakit saraf, mengurangkan gatl-gatal, merawat meroyan, sediaan mandi untuk angin ahmar, rawatan komplemen kepada masalah buah pinggang, dan mengawal aras glukosa dalam darah.