Kenali Herba





Nama Saintifik

Pandanus amaryllifolius Roxb.

Family

Pandanaceae

Nama Tempatan

Pandan (Pahang, Terengganu, Selangor, Kedah, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, Perak, Perlis, Johor, Pinang), pandan wangi (Johor, Kelantan, Selangor, Pahang)

Keterangan

Pandanus amaryllifolius ialah sejenis tumbuhan renek, mencapai ketinggian 1-1.6 m. Batang tegak, tidak bercabang, dan akar-akar udara yang tebal tumbuh pada batang. Daun tersusun berpusar, berbentuk seperti pedang (linear) yang mempunyai panjang 25-75 cm, tepi daun licin, hujung daun akut, permukaan abaksial daun glaukus, dan keratan rentas daun membentuk huruf "W'. Bunga sukar didapati kerana sangat jarang berbunga.



Kegunaan

Pandan digunakan untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita, kulit kepala, merawat gatal badan, kecacingan, membuang angin dalam badan, melegakan badan lesu, sediaan mandi wap, mandi bunga, mandian ibu selepas bersalin, pelapik tungku, ramuan bertangas, mengecutkan peranakan, ramuan majun, merawat bentan, meroyan, meredakan demam, demam kuning, ramuan minyak urut, merawat patah, melegakan sakit lutut, sakit urat, merawat tekanan perasaan, mengawal tekanan darah tinggi dan aras glukosa dalam darah, dan merawat angin ahmar.



Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)