Kenali Herba
Nama Saintifik
Tinospora crispa (L.) Hook. f. & ThomsonFamily
MenispermaceaeNama Tempatan
Patawali, seruntunKeterangan
Tinospora crispa ialah sejenis pepanjat berkayu mencapai panjang hingga 15 m. Batang bersifat menggerutu atau tuberkulat, mengandungi sap yang pahit, dan menghasilkan akar-akar udara yang panjang. Daun tersusun berpilin, berbentuk ovat, orbikular, atau berbentuk hati, pangkal daun kordat, hujung daun akuminat, dan tepi daun licin atau berombak. Jambak bunga jenis pseudorasemos dan berbunga apabila tumbuhan dalam keadaan tidak berdaun. Bunga biseksual, mempunyai tiga petal, dan berwarna hijau. Buah jenis drup, berbentuk elipsoid, permukaan buah hampir licin, dan berwarna jingga.
Kegunaan
Patawali digunakan untuk mengecutkan peranakan, meredakan demam kuning, merawat kudis, ramuan minyak urut, mengurangkan sakit otot dan saraf, membuang angin dalam badan, merawat gastrik, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal aras glukosa dalam darah, merawat luka (komplikasi kencing manis), dan merawat resdung dan buasir.
Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)
