Kenali Herba
Nama Saintifik
Areca catechu L.Family
ArecaceaeNama Tempatan
Pinang, pinang daraKeterangan
Areca catechu L. merupakan sejenis palma, mencapai ketinggian hingga 20 m. Nod pada batang jelas kelihatan, bersilara pada terminal engan 8-12 pelepah. Daun berpelepah, berwarna hijau berkilat, pelepah daun melengkung ke dalam, Panjang daun mencapai hingga 2 m, dan mempunyai 30-50 anak daun. Jambak bunga bercabang-cabang, berwarna putih krim, berbau wangi. Buah berbentuk ovoid, berwarna jingga hingga merah apabila masak. Biji berwarna coklat, berbentuk ovoid dan pipih di bahagian hujung.
Kegunaan
Pinang digunakan untuk penjagaan kesihatan dalaman, penjagaan ibu selepas bersalin, ramuan minyak urut, memudahkan proses bersalin, meredakan demam kuning, demam panas, merawat bentan, keputihan, kecacingan, gatal-gatal badan, kayap, kurap, kudis, melancarkan peredaran haid, merawat gout, meningkatkan tenaga batin, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal aras glukosa dalam darah, dan rawatan komplemen kepada masalah ketumbuhan payudara.
Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)
