Kenali Herba





Nama Saintifik

Morinda citrifolia

Family

Rubiaceae

Nama Tempatan

Mengkudu, noni, Indian mulberry, hai ba ji, wu ning luo ling kuo (Chinese)

Keterangan

Morinda citrifolia pokok renek malar hijau atau pokok kecil bengkok serta silara yang berbentuk kon. Daun bersaiz besar, jenis mudah, tersusun secara berselang-seli dan berbentuk eliptik-lanseolat lebar. Bunga berbau wangi, kira-kira 70-90 dalam satu kelompok berbentuk bujur telur sehingga bulat. Kelompok bunga berubah kepada gabungan buah yang terdiri daripada drup kecil yang banyak. Bentuk buah adalah elipsoid, berlilin dan berisi. Walaupun bau seperti keju busuk semasa matang, buahnya dimakan sama ada mentah ataupun dimasak, begitu juga dengan daunnya. (Medicinal Herbs & Plant Database 2015–2015).

Kegunaan

Buah mengkudu telah dilaporkan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan untuk kanser, jangkitan, sakit sendi, kencing manis, asma dan tekanan darah tinggi (Whistler 1992). Ia secara tradisi digunakan untuk sakit tekak, bisul, ulser perut dan radang siku. Buah yang belum matang digunakan untuk rawatan sakit gusi (Burkill 1966, Morton 1992).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)