Kenali Herba





Nama Saintifik

Hibiscus sabdariffa

Family

Malvaceae Roselle, asam susur, asam paya, red sorrel

Nama Tempatan



Keterangan

Rozel ialah pohon renek yang boleh membesar hingga ketinggian 2.5 m. Susunan daun adalah secara bersilang dengan 7 hingga 15 cm panjang, berwarna hijau serta berurat merah dan mempunyai petiol panjang atau pendek. Terdapat dua jenis daun. Daun muda berbentuk ovat manakala daun matang berbentuk palmat dengan 3–5 lob dengan tepi daun bergerigi. Batang adalah licin dan berwarna keunguan.

Kegunaan

Rozel sangat kaya dengan vitamin C dan dipercayai dapat mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi. Kelopak rozel boleh dibuat air kordial, yang mana ia sedikit diuretik (Wahabi et al. 2010). Selain kesan diuretiknya, ia diketahui dapat membantu mengurangkan demam dan merupakan ubat yang mempunyai kesan mencegah atau menyembuhkan skurvi (Pacôme et al. 2014). Rozel telah digunakan dalam perubatan Thai bagi merawat batu karang (Farnworth & Bunyapraphatsara 1992). Ia juga digunakan sebagai antibakteria, antikulat dan julap.

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)