Pusat Pensahihan Bahan Mentah Herba


Latar belakang

Pusat pensahihan bahan mentah herba, FRIM berperanan sebagai salah sebuah badan pensijilan yang berfungsi untuk mengeluarkan sijil analisis pensahihan bahan mentah herba (COA), ke arah pemantapan industri herba Malaysia dengan mempertingkatkan kualiti, keselamatan dan efikasi produk yang dihasilkan. Makmal-makmal di dalam pusat ini telah memperolehi status BioNexus Partner (BNP) daripada Malaysian Bioeconomy Development Corporation. Sementara makmal Kawalan Kualiti Hasilan Semula Jadi (NPQC) telah memperolehi akreditasi ISO/IEC17025 daripada Jabatan Standard Malaysia dan pengiktirafan oleh NPRA, KKM sebagai makmal pengujian kawalan kualiti.

Objektif

• Membantu dalam menjamin kualiti, keselamatan dan efikasi di dalam penggunaan herba.
• Sebagai landasan saintifik untuk pembangunan garis panduan dalam jaminan kualiti herba.
• Mempertingkatkan daya saing herba tempatan di pasaran global.
• Memupuk sifat bertanggungjawab dalam perdagangan dan perusahaan herba.
• Sebagai sumber rujukan dan latihan.

Kriteria sampel

• Serbuk atau kepingan disertai dengan keseluruhan bahagian tumbuhan segar (buah atau bunga digalakkan).
• Jumlah sampel yang diperlukan adalah sebanyak 200 gram.
• Jenis ujian pensahihan yang dijalankan bergantung kepada jenis sampel yang diterima.




Kadar bayaran

  Pakej Harga/sampel
A Ujian Pensahihan
Makroskopik
Mikroskopik
Analisis Kimia (HPLC, HPTLC)
RM 775.00
B Ujian Keselamatan
Pencemaran Mikroorganisma
(TAMC, TYMC & Mikrob Spesifik)
Logam Berat (Hg, Pb, As & Cd)
RM 425.00
C Pakej A + Pakej B RM 1000.00
Ujian hanya akan dijalankan selepas bayaran diperolehi. Pembayaran boleh dilakukan melalui tunai atau LO/ draf bank/ cek ke akaun Bank CIMB, no akaun: 8002664924, atas nama KETUA PENGARAH FRIM

Proses pelaksanaan perkhidmatan

• Permohonan boleh dibuat melalui emel, telefon atau surat.
• Isi borang permohonan perkhidmatan dan serahkan sampel.
• Pembayaran untuk perkhidmatan dilaksanakan.
• Pelaksanan Ujian dimulakan.
• Proses pengambilan laporan ujian.

Piagam pelanggan

• Perkhidmatan ujian dijalankan dengan teliti dan cekap.
• Laporan ujian bersedia diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh masa 15 hari bekerja.
• Semua maklumat daripada dan kepada pelanggan berkaitan dengan proses serta keputusan perkhidmatan adalah dikategorikan sebagai sulit.

Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut sila menghubungi:

Dr Nor Azah Mohamad Ali/ Ong Boo Kean
Pusat Pensahihan Bahan Mentah Herba Bahagian Hasilan Semula Jadi,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
Kepong, 52109 Selangor
email: ongbk@frim.gov.my; norazah@frim.gov.my
Tel: 03-62797330/7370/7602 Faks: 03-62729805