Tentang Kami



Pengenalan


Pada tahun 2014, FRIM telah menerima peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi menjalankan Projek Kajian Rantaian Nilai Industri Herba Terpilih di Semenanjung Malaysia. Hasil daripada kajian ini, Sistem SRI Herba yang memuatkan maklumat pemain industri herba telah dibangunkan sebagai salah satu output projek. Sistem tersebut dibangunkan berdasarkan maklumat bancian melibatkan 6,545 pemain industri herba yang terdiri daripada 96 pembekal bahan tanaman, 462 penanam, 550 pengusaha, 445 pemborong dan 5,467 peruncit.

Sistem Rantaian Industri Herba ini telah dibangunkan secara dalaman oleh FRIM sebagai platform untuk menghubungkan semua pihak berkepentingan dalam industri herba. Pada peringkat awal, sistem ini bertujuan menyediakan maklumat bagi menghubungkan permintaan dan penawaran bahan mentah dalam kalangan pemain industri. Direktori pemain industri yang terdiri daripada pembekal bahan tanaman, penanam, pemproses/pengusaha, pemborong dan peruncit, serta statistik terkini berkaitan industri herba turut dipaparkan.

Bagi memperkasakan sistem ini, penambahbaikan terhadap fungsi dan ciri-ciri sistem dilakukan secara berterusan. Kini, sistem tersebut telah dijenamakan semula, bukan sekadar melibatkan perubahan nama dan logo, tetapi turut merangkumi penambahan serta penambahbaikan fungsi yang signifikan. Selain paparan muka utama yang berinformasi, sistem ini turut menawarkan kemudahan untuk menghubungkan pengguna kepada pasaran produk secara dalam talian.

FRIM sentiasa sedar bahawa penambahbaikan berterusan amat penting, seiring dengan keperluan semasa revolusi digital agar sistem ini kekal relevan dan kompetitif.


Antara perkhidmatan yang ditawarkan


• Mendapatkan produk herba berdekatan dengan segera.
• Informasi landskap umum industri herba di Semenanjung Malaysia.
• Memperluaskan jaringan pasaran produk tanpa sempadan.
• Mendapatkan pembekal bahan mentah yang dipercayai dan diiktiraf.
• Peluang pengiklanan produk secara percuma.
• Mengetahui pengusaha yang memiliki fasiliti penghasilan produk secara OEM.
• Akses kepada maklumat dana dan program kerajaan.
• Peluang untuk menceburi industri herba.
• Rujukan persampelan bagi kajian berkaitan industri herba.
• Memberi manfaat kepada penyelidik yang menjalankan kajian berkaitan industri herba.

Pengguna yang disasarkan


• Pemain industri herba
• Pengguna produk herba
• Penyelidik
• Penggubal dasar
• Pensyarah
• Pelajar
• Orang awam