Kenali Herba





Nama Saintifik

Clinacanthus nutans

Family

Acanthaceae

Nama Tempatan

Belalai gajah, sabah snake grass, ezuihua (Chinese)

Keterangan

Clinacanthus nutans boleh membesar sehingga 1–3 m tinggi dengan cabang berbulu halus. Batang berbentuk silinder, berjalur dan sedikit licin. Susunan daun setentang, bentuk daun eliptik bujur meruncing atau lanseolat, berukuran 2.5–13 cm panjang dan 0.5–4 cm lebar. Bilah daun berbentuk lanseolat-ovat, manakala bunganya menegak di dalam jambak bunga yang padat pada hujung cabang pokok. Kapsul biji benih berbentuk bujur, pada dasarnya mengecut menjadi pendek, bertangkai keras dan mempunyai 4 biji benih.

Kegunaan

Belalai gajah secara tradisi digunakan untuk disentri oleh orang Jawa (Burkil 1935). Di Thailand, tumbuhan ini secara tradisional digunakan sebagai ubat antiradang untuk rawatan luka, pembasmi kuman, ruam, tindak balas alahan dan kanser (Santi et al 2006).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)