Undang-undang Penafian



Dengan melayari laman sesawang ini, anda adalah bersetuju dengan Undang-undang Penafian laman sesawang ini.

Laman sesawang FRIM mengandungi data yang dikumpul untuk tujuan maklumat umum sahaja dan tidak mengandungi pandangan professional terhadap mana-mana isu. Sementara FRIM berusaha untuk memastikan maklumat yang terkandung di laman ini adalah betul, kami tidak menjamin maklumat yang diberikan adalah penuh, tepat atau tepat masa, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak. Maklumat tersebut mungkin dikemaskini, ditukar atau diubah dari semasa ke semasa. Pengguna harus membuat tindakan sendiri dalam mengesahkan maklumat yang ada sebelum menggunakannya. FRIM tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa ganti rugi, termasuk tanpa had, ganti rugi khas, tidak langsung atau berbangkit atau ganti rugi kerana kehilangan penggunaan, kehilangan data, kehilangan hasil atau keuntungan yang timbul daripada atau berkaitan dengan laman web FRIM ini atau maklumat yang terkandung di dalamnya sama ada dengan tindakan dalam kontrak, tort atau sebaliknya.

Pengguna bersetuju untuk melindungi, mempertahan dan memegang FRIM, pegawai, pekhidmat, konsultan, ejen dan syarikat sekutunya daripada semua tuntutan, tindakan, permintaan, kerosakan, kerugian, perbelanjaan dan/atau kos (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kos perundangan) dari pihak ketiga akibat daripada penggunaan laman sesawang ini oleh Pengguna atau kegagalan Pengguna mematuhi obligasinya di bawah Terma Penggunaan ini.

Anda cuma boleh mencetak atau memuat turun maklumat dari laman sesawang ini untuk kegunaan persendirian sahaja. Anda tidak dibenarkan menyalin, menyiarkan, menyimpan dalam apa-apa bentuk medium, menghantar, mengubahsuai atau mengubah dalam apa cara sekalipun kandungan-kandungan laman sesawang ini tanpa kebenaran bertulis daripada FRIM. Pengubahsuaian maklumat dalam laman sesawang ini yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan anda dihukum.

Laman sesawang ini mengandungi pautan kepada laman-laman sesawang lain. Pautan yang diberikan adalah untuk kemudahan anda. FRIM tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana laman sesawang yang lain, dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang atau kehilangan atau kerosakan hasil daripada penggunaan atau kebergantungan terhadap maklumat yang digunakan oleh pengguna menerusi pautan ke laman-laman sesawang ini.

FRIM sedaya upaya memastikan produk yang dipaparkan memiliki persijilan. FRIM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang pemilihan dan kelulusan produk.