Kenali Herba





Nama Saintifik

Baeckea frutescens L.

Family

Myrtaceae

Nama Tempatan

Cucur atap, cina maki, cina mati, curan atap, hujung atap

Keterangan

Baeckea frutescens L. merupakan pokok kecil mencapai ketinggian hingga 6 m. Kulit batang merekah dan menggelupas, berwarna kelabu perang, dahan berjuntai, ranting banyak bercabang, dan berwarna perang. Daun tersusun setentang atau separa setentang, berbentuk seperti jarum dan keratan rentas membentuk segi tiga, pangkal daun runcing, urat daun terlindung atau tidak kelihatan, dan daun berwarna perang pucat apabila kering. Jambak bunga pada aksilari, tersusun tunggal tetapi kadang-kadang kelihatan berkelompok berikutan pemendakan buku-buku ranting atau dahan, tiub debunga berbentuk cawan, dan bunga berwarna merah jambu krim. Buah jenis kapsul, berbentuk kendi, dan berwarna perang kemerahan apabila masak.



Kegunaan

Cucur atap digunakan untuk ramuan jamu, minyak urut, mengawal tekanan darah tinggi, dan mengawal aras glukosa dalam darah.