Kenali Herba





Nama Saintifik

Cassia alata

Family

Fabaceae

Nama Tempatan

Gelenggang, candle bush, seven golden candlesticks

Keterangan

Cassia alata ialah tumbuhan renek 1-2 m tinggi kadangkala mencecah hingga 5 m dan mempunyai cabang mengufuk. Susunan daun paripinat, 30–60 cm panjang dan daunnya licin. Bunga padat pada aksil jambak bunga, 20–50 cm panjang dan 3–4 cm lebar. Buahnya tebal, bersayap dan rata.

Kegunaan

Gelenggang diketahui mempunyai sifat julap (Elujoba et al. 1989). Daunnya disyorkan untuk penjagaan kesihatan asas di Thailand bagi mengubati kurap dan penyakit kulit (Farnsworth & Bunyaprapatsara 1992).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)