Kenali Herba





Nama Saintifik

Zingiber officinale

Family

Zingiberaceae

Nama Tempatan

Halia, ginger, chukka, sheng jiang

Keterangan

Halia ialah tumbuhan herba yang boleh mencapai ketinggian hingga 1.5 m. Ia mempunyai pucuk sisi yang terbentuk secara kelompok. Bunganya berwarna hijau kekuningan dan batang bunga adalah lebih pendek daripada petiol daun. Rizom halia tumbuh secara mengufuk dan mendatar. (Medicinal Herbs & Plant Database 2010-2015).

Kegunaan

Halia biasa digunakan di seluruh dunia sebagai perasa dalam makanan. Selain menjadi ramuan dan rempah dalam penyediaan makanan, halia juga mempunyai khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan seperti mengurangkan masalah kelemumur (Kamaludin et al. 2013). Halia digunakan untuk rawatan asma, diabetes, loya dan kesakitan (Ali et al. 2008).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)