Kenali Herba
Nama Saintifik
Zingiber officinale Roscoe var. rubrum TheiladeFamily
ZingiberaceaeNama Tempatan
Halia merah, halia padi, haliya bara/ halia bara dan halia udangKeterangan
Herba ini terdiri daripada rizom kering tumbuhan Zingiber officinale Roscoe var. rubrum Theilade. Sediaan herba ini berupa serbuk berwarna coklat kehijauan (greenish-brown powder), beraroma (aromatic), dan mempunyai rasa kelat (astringent). Berdasarkan ciri-ciri makroskopik bagi rizom dan tumbuhan, bahagian luar rizom berwarna kemerahan, manakala bahagian dalamnya berwarna kuning serta mempunyai rasa pedas (pungent). Tumbuhan ini juga mempunyai pucuk berdaun setinggi 0.5 – 1.25 m.
Kegunaan
Rizoma tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk merawat atau mengurangkan masalah senak atau kram perut (abdominal colic), kembung perut atau angin (flatulence), hazam tak penghadaman atau pencernaan buruk (dyspepsia), hilang selera makan (anorexia), dan masalah radang usus. Selain itu, ia digunakan untuk mengatasi selesema atau kesejukan pada anggota badan (cold extremities), denyutan nadi lemah (weak pulse), radang selesema atau saluran pernafasan (catarrhal inflammation), radang peti suara (laryngitis), suara serak (hoarseness), batuk (cough), sakit sendi atau reumatism (rheumatism), gatal-gatal kulit akibat alahan (allergic prurigo), serta pendarahan rahim yang tidak normal (abnormal uterine bleeding).
