Kenali Herba
Nama Saintifik
Acorus calamus L.Family
AcoraceaeNama Tempatan
Deringau, Jerangau, jerangohKeterangan
Jerangau ialah tumbuhan herba seperti rumput yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter dengan batang keras dalam tanah yang merayap dan bercabang. Tumbuhan ini mempunyai daun ringkas berbentuk pedang berwarna hijau terang yang boleh mencapai panjang 150 cm dan tebal di bahagian tengah. Rizomnya beraroma, dan bahagian serbuknya berwarna perang kemerahan dengan rasa pedas. Tumbuhan ini juga mempunyai periant dengan 6 lobus serta bunga dwiseks.
Kegunaan
Secara tradisional, jerangau digunakan secara luaran sebagai demah atau krim untuk merawat demam, sakit sendi, sakit kulit, lumbago, sakit mata, malaria, serta pemulihan selepas bersalin. Bagi kegunaan dalaman pula, ia digunakan untuk merawat batuk dan sakit tekak.
