Kenali Herba





Nama Saintifik

Labisia pumila

Family

Mysinaceae

Nama Tempatan

Kacip Fatimah, selusuh Fatimah, kunchi Fatimah, bunga belangkas hutan, kachit Fatimah

Keterangan

Labisia pumila ialah tumbuhan herba yang mempunyai pertumbuhan perlahan dan boleh mencapai tinggi kira-kira 10–40 cm. Daun tersusun secara berpilin dan berwarna hijau gelap serta sedikit hijau cerah di tepi daun. Bentuk petiol adalah hampir rata. Bunga berjenis hermafrodit, licin serta berwarna putih atau merah jambu muda. (Medicinal Herbs & Plant Database 2010-2015).

Kegunaan

Kacip fatimah adalah antara ramuan paling popular dalam penyediaan herba tradisional atau jamu untuk penjagaan selepas bersalin. Ia digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan wanita yang sihat, membantu mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual (Vimala 2013). Di Malaysia, air rebusan akar secara tradisional diamalkan oleh wanita Melayu untuk induksi dan memudahkan proses bersalin (Burkill 1966).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)