Kenali Herba
Nama Saintifik
Chromolaena odorata (L.) R.M. King & H. Rob.Family
Asteraceae (Compositae)Nama Tempatan
Kapal terbang (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Pahang), panca alam (Pahang), pokok jerman.Keterangan
Chromolaena odorata ialah sejenis herba yang tumbuh menegak serta memanjat. Batangnya berbentuk seperti silinder hingga bersegi dengan garis memanjang dan tumbuh secara menegak. Ranting sentiasa bercabang secara mendatar, bersifat pubesen atau diliputi bulu-bulu yang lembut. Daun tersusun secara setentang, berbentuk ovat, hujung daun berbentuk hampir akut, pangkal daun berbentuk kuneat atau truncate, tepi daun jenis serat, pubesen hingga skabrid pada kedua-dua permukaan dan lebih padat pada permukaan bawah terutama pada urat. Jambak bunga berkelompok pada terminal atau sisi, jenis umbel atau korim berkepala majmuk, pubesen, tangkai bunga tebal. Involuker seperti silinder. Floret berwarna putih atau merah jambu, 20 floret sekepala, berbentuk tubular. Buah jenis aken, berwarna hitam-perang dengan lima garis memanjang, papus berwarna putih.
Kegunaan
Kapal terbang digunakan dalam penjagaan kesihatan dalaman wanita, mengurangkan jerawat, meredakan bengkak, melegakan sakit lutut, merawat sakit uluran, melegakan kembung perut (dewasa dan kanak-kanak), merawat kecacingan, kayap, kudis, luka, dan luka dalaman, meredakan demam panas, penjagaan bagi ibu selepas bersalin, mandian bagi ibu selepas bersalin, pelapik tungku, mengawal darah nifas berlebihan, menjarakkan kehamilan, memulikan peredaran darah haid, raman minyak urut, mengawal aras glukosa dalam darah dan tekanan darah, dan merawat buasir.
