Kenali Herba





Nama Saintifik

Eclipta prostrata (L.) L.

Family

Asteraceae

Nama Tempatan

Kembang itik (kedah), urang-aring, urang-uring, orang-aring, aring-aring, ari-aring, aghing-aghing, keremak jantan, keremak hutan, rumput migus, rumput nigus, rumput kunang putih, rumput biu, daun dakelin, dawah.

Keterangan

Eclipta prostrata (L.) ialah herba merayap. Batang berbentuk silinder hingga bersegi, berwarna hijau kemerahan, sering berakar pada nodus batang, dan permukaan strigos. Daun tersusun secara setentang, berbentuk eliptik-lanseolat, tepi daun hampir serat hingga hampir licin, hujung daun berbentuk hampir akut, pangkal kuneat hingga dekuren, indumentum strigos pada kedua-dua permukaan daun, dan berurat tiga pangkal daun. Jambak bunga pada aksilari, mempunyai 1-2 kepala kecil berpedunkel pendek. Involuker berbentuk loceng, filari berbentuk ovat, dan berwarna hijau. Kelopok kepala bunga banyak, berwarna putih, berbentuk oblong-linear. Floret berwarna putih kekuningan, berbentuk tiub, dan berlobus empat. Buah jenis aken, permukaan licin, berbentuk oblongoid-obovoid, mempunyai garisan tepi, dan berwarna perang.



Kegunaan

okok ini digunakan untuk meredakan panas badan.