Kenali Herba





Nama Saintifik

Mitragyna speciosa Korth.

Family

Rubiaceae

Nama Tempatan

Biak, biak-biak, ketom, kutum

Keterangan

Daun ketom berbentuk eliptik, hampir ovat, atau ovat dengan ukuran 3–20 cm panjang dan 2–12 cm lebar. Hasil sampel serbuk daunnya berwarna perang hijau, mempunyai bau khusus, dan rasa yang khusus. Ciri mikroskopinya menunjukkan kehadiran serpihan jalur dengan penebalan berpilin, serabut, serta hablur roset kalsium oksalat.



Kegunaan

Secara tradisional, tumbuhan ini digunakan sebagai analgesik dan ubat kunyah. Pelis daun (leaf poultice) diletakkan di bahagian perut untuk menyingkirkan cacing pada kanak-kanak, serta digunakan untuk merawat cirit-birit dan sebagai bahan penganti opium apabila bekalan opium tidak diperoleh. Ia juga dilaporkan berguna sebagai penawar ketagihan opium, anastetik, merawat demam, kecacingan, serta tonik penjagaan kesihatan.