Kenali Herba





Nama Saintifik

Acalypha Indica L.

Family

Euphorbiaceae

Nama Tempatan

Kucing galak, galak kucing, batuk kucing, ubat kucing, cika mas, rumput lis-lis

Keterangan

Acalypha indica L. boleh tumbuh mencapai ketinggian 1.5 m. Batangnya berbulu. Daun tersusun berpilin, berbentuk ovat, rombik hingga ovat, atau ovat hingga lanseolat, hujung daun berbentuk akut, pangkal daun berbentuk kuneat, dan tepi daun berbentuk krenat hingga serat, mempunyai lima urat bermula dari pangkal daun, bersifat puberulus di sepanjang urat tengah dan urat utama daun pada kedua-dua belah permukaan daun. Tangkai daun agak panjang. Jambak bunga pada aksilari, jenis spika. Bunga jantan mempunyai empat sepal berbentuk ovat manakal bunga betina mempunyai tiga sepal berbentuk segi tiga. Buah jenis kapsul, bersaiz kecil, mempunyai tiga lobus, dan dilitupi dengan braktea. Biji berbentuk ovoid, permukaan licin, berwarna kelabu, dan mempunyai hilum berwarna putih.



Kegunaan

Kucing galak dapat meningkatkan Kesihatan dalaman lelaki, merawat batuk, muntah darah, kencing berdarah, mencuci buah pinggang, mengawal aras glukosa dalam darah, menurunkan kadar kolesterol dalam darag, dan menurunkan tekanan darah tinggi.