Kenali Herba
Nama Saintifik
Zingiber ottensii ValetonFamily
ZingiberaceaeNama Tempatan
Lampoyang hitam, kunyit hitam, berseh hitamKeterangan
Tumbuhan ini merupakan herba saka berhizom yang mempunyai pucuk berdaun sehingga 1.5 meter tinggi, di mana rizomnya berwarna keunguan di bahagian dalam serta mengeluarkan bau yang sangat tajam. Daunnya berbentuk elips berukuran 35–40 cm panjang dan 6–8 cm lebar. Infloresensnya berbentuk spika pada tangkai berasingan sepanjang 25–40 cm, dengan braktea berbentuk obovate (4 cm panjang), cembung dengan hujung melengkung ke dalam, dan berwarna merah cerah. Spikanya berbentuk elipsoid hingga silinder (10–12 cm x 4 cm), dengan kelopak (calyx) 2.3 cm panjang berwarna putih, serta korola 5.7 cm panjang berwarna krim hingga kuning. Labellum berukuran 5.5 cm panjang, berwarna kuning pucat dengan topok-topok kuning pucat bersaiz besar dan kecil yang padat, dan cuping tengahnya hampir bulat berdiameter 2 cm. Buahnya berbentuk kapsul silinder berwarna merah. Serbuk rizomnya berwarna coklat kehijauan, berbau aromatik, dan mempunyai rasa kelat. Pencerapan mikroskopik ke atas serbuk rizom mendedahkan kehadiran sel parenkima, serpihan salur pilin, dan gentian.
Kegunaan
Secara tradisional, rizom Zingiber ottensii dicampurkan ke dalam losyen penenang yang digunakan semasa proses bersalin. Ia juga dimasukkan ke dalam ramuan tonik untuk merawat sawan dan sakit pinggang. Selain itu, spesies ini turut digunakan secara tradisional di Thailand sebagai agen anti-keradangan.
