Kenali Herba
Nama Saintifik
Zingiber zerumbet (L.) SmithFamily
ZingiberaceaeNama Tempatan
Lempoyang (Malaysia dan India)Keterangan
Herba ini terdiri daripada rizom kering tumbuhan Zingiber zerumbet (L.) Smith yang dijadikan serbuk berwarna coklat kekuningan (yellowish-brown powder) dengan bau beraroma (aromatic) dan rasa kelat (astringent). Ciri-ciri makroskopik tumbuhan dan rizomnya menunjukkan ia merupakan tumbuhan herba berizom saka dengan batang setinggi 1–2 m, tegak, dan bulat. Daunnya nipis, berukuran 25–35 cm panjang, dan kadangkala berwarna keunguan di bahagian bawah pucuk muda. Perbungaan (inflorescence) tumbuhan ini sepanjang 6–12 cm, berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi merah apabila tua, manakala bunganya berwarna kuning pucat atau putih. Rizomnya pula bersifat saka, tebal, bersisik, beraroma, dan bahagian dalamnya berwarna kuning pucat.
Kegunaan
Secara umumnya, lempoyang dikenali di seluruh dunia sebagai "shampoo ginger" dan digunakan sebagai salah satu bahan dalam syampu komersial di Asia dan Hawaii. Bagi penggunaan tradisional, ia digunakan untuk merawat bengkak, kudis atau luka (sores), tekanan darah tinggi (hypertension), dan hilang selera makan. Masyarakat Melayu menggunakan rizom ini untuk melegakan masalah usus dan penghadaman (intestinal and digestive problems), kehilangan tenaga atau kelemahan (loss of strength), serta pening kepala (vertigo). Rebusan air rizom pula digunakan untuk merawat jangkitan cacing pada kanak-kanak (worm infestation in children), di samping digunakan untuk merawat demam batuk, jangkitan bakteria (bacterial infections), ruam mulut (thrush), kencing manis, keracunan ikan (fish poisoning), luka dan buasir (hemorrhoids). Di Polynesia dan Hawaii, tumbuhan ini turut digunakan untuk merawat sakit gigi dan sakit perut.
