Kenali Herba
Nama Saintifik
Vitex negundo LFamily
VerbenaceaeNama Tempatan
Lemuni, legundiKeterangan
Lemuni merupakan tumbuhan herba dengan serbuk daun yang berwarna kelabu kehijauan. Mempunyai bau yang khusus dan beraroma kuat, manakala rasanya mempunyai sentuhan manis dan sedikit pahit. Secara mikroskopik, serbuk ini mengandungi serpihan dinding sekunder sel jalur, trikom jenis unisel dan ringkas, stomata, serta sel palisad.
Kegunaan
Secara tradisional, ia digunakan sebagai antibakteria, analgesik, antiradang, larvisidal, penghalau nyamuk, pengeluar kahak, mencegah batuk, febrifuj, insektisidal, dan antifungus. Ia juga diguna untuk merawat demam, luka terbakar, impetigo, melegakan bengkak pada membran mukus di hidung, disentri (berak berdarah), gastritis, leukorea, gigitan serangga beracun, pening, sakit gigi, serta asma.
Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)
