Kenali Herba
Nama Saintifik
Ardisia elliptica Thunb.Family
MyrsinaceaeNama Tempatan
Mata pelanduk (Melayu); sea-shore ardisia (Inggeris).Keterangan
Mata pelanduk merupakan tumbuhan dengan daun ringkas yang tersusun berselang-selang dan berbentuk obtuse obovate bersaiz 5–10 cm panjang. Tepi daunnya licin dengan tekstur yang lembut, manakala daun mudanya berwarna merah jambu dan bertukar menjadi hijau apabila matang. Petiolnya tebal dan biasanya berwarna ungu kemerah-merahan semasa muda. Serbuk daun herba ini berwarna hijau gelap, mempunyai bau khas, dan tiada rasa.
Kegunaan
Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk meredakan sakit dada, demam, cirit-birit, sakit tekak, bengkak, dan reumatik. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai ubat sapuan untuk masalah kulit.
