Kenali Herba





Nama Saintifik

Phyllanthus emblica L.

Family

Phyllanthaceae

Nama Tempatan

Melaka (johor, kelantan, pahang) , pokok melaka, malaka, kayu laka, laka-laka, toalang, kik

Keterangan

Phyllanthus emblica ialah sejenis pokok sederhana besar yang mencapai ketinggian hingga 36 m. Batang berwarna coklat kelabu dan berwarna coklat-jingga apabila sisik nipis kulit batang menggelupas. Getah kayu adalah keras dan berwarna kuning-coklat. Daun majmuk, padat, dan tersusun secara setentang. Hujung dan pangkal anak daun membulat, tepi daun sedikit melengkung, dan tangkai daun pendek. Jambak bunga pada aksilari. Bunga berwarna hijau, berkelompok padat dan sangat kecil. Buah berbentuk bulat, berisi dan berair, bersifat indehisens, dan buah yang matang berwarna kehijauan. Pokok ini biasanya dijumpai di kawasan hutan tanah pamah.



Kegunaan

Pokok ini biasanya digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi