Kenali Herba
Nama Saintifik
Morinda citrifolia L.Family
RubiaceaeNama Tempatan
Mengkudu besarKeterangan
Mengkudu besar ialah tumbuhan renik atau pokok kecil setinggi 3–8 m dengan dahan kecil persegi empat. Daunnya besar, ringkas, berbentuk elips lebar, dan mempunyai permukaan atas hijau tua yang berkilat. Bunga putihnya berkumpul pada jambak bunga kapitulifom yang berpedunkel. Serbuk daunnya berwarna hijau tua, tidak berbau, dan tidak berasa.
Kegunaan
Secara tradisional digunakan sebagai agen antihelmintik, antibiotik, antiemetisis, antiloya, antipiretik, antiseptik, antihipertensi, serta astringen. Ia juga diguna untuk rawatan arteriosklerosis, asma, diabetes, disenteri, cirit-birit, lumbago, reumatisme, hepatitis, bisul, gatal-gatal, kudis, psoriasis, ulcer, batuk, dan bengkak limpa.
