Kenali Herba
Nama Saintifik
Moringa oleiferaFamily
MoringaceaeNama Tempatan
Merunggai, lemunggai, pokok kelor, drumstick tree, ben oil treeKeterangan
Moringa oleifera ialah pohon kecil yang bersifat daun luruh, tumbesaran yang cepat dan boleh membesar sehingga ketinggian 10 atau 12 m. Kanopi daun berbentuk payung dengan dahan yang rapuh. Susunan daun bipinat atau kebiasaannya mempunyai susunan daun tripinat. Bunga berwarna kekuningan dan berbau wangi, tersebar menegak atau bercabang pada dasar kemudian melentur ke bawah pada kelompok aksil dengan 10–25cm panjang. Rupa bentuk buah memanjang, berjuntai dan lurus.Kegunaan
Hampir setiap bahagian pokok merunggai, termasuk akar, kulit pokok, getah, daun, buah (pod), bunga dan biji benih telah digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dalam perubatan asli (Odebiyi & Sofowora 1999). Daun merunggai boleh dimakan untuk merawat penyakit kelamin (Burkill 1935).Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)