Kenali Herba
Nama Saintifik
Centella asiaticaFamily
ApiaceaeNama Tempatan
Pegaga, Asiatic pennywort, vallarai, gotu-colaKeterangan
Herba menjalar yang mempunyai tangkai daun yang panjang. Daun berwarna hijau, berbentuk buah pinggang, mempunyai apeks yang bulat dan dasar daun berbentuk hati dengan urat daun berbentuk palmat jejaring dan teksturnya licin; petiol agak panjang sehingga 20 cm. Bunga adalah berbentuk umbel berfasikulus dengan kelopak bunga merah yang sangat kecil (kira-kira 4mm) dan bersifat hermafrodit; setiap bunga mempunyai 4–6 stamen dan 2 stil. Buahnya kecil, merikarpa secara semulajadi. Akarnya meliputi rizom yang membesar secara menegak ke bawah manakala stolon membesar secara mengufuk, bersambung antara satu pokok ke pokok yang lain.Kegunaan
Pegaga digunakan secara tradisional untuk asma, bronkitis, cirit-birit, pening, sawan, penyakit kuning, gangguan saraf dan sakit gigi (British Herbal Pharmacopoeia 1979, Medicinal Plants in Viet Nam 1990, Seevaratnam et al. 2012). Pegaga dianggap sebagai ramuan terbaik untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan akal (Arora et al. 2002). Dalam amalan Ayurvedic India, pegaga digunakan sebagai tonik saraf (Singh et al. 2008).Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)