Kenali Herba
Nama Saintifik
Plukenetia volubilis L.Family
EuphorbiaceaeNama Tempatan
Sacha inchi, Inca peanut, wild peanut, Inca Inchi, mountain peanutKeterangan
Tumbuhan ini merupakan liana malar hijau separa berkayu yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m. Daunnya berbentuk segi tiga hingga bujur dengan pangkal kordat atau terpotong serta berurat palmat. Kapsul buahnya berbentuk bintang berukuran 3–5 cm yang bertukar warna daripada hijau kepada coklat kehitaman apabila matang. Setiap kapsul mengandungi 4–6 biji bujur berwarna coklat gelap yang boleh dimakan. Tumbuhan ini memanjat dan membiak melalui biji atau keratan/tut, serta biasa dijumpai di hutan tanah rendah yang lembap.
Kegunaan
Sacha Inchi digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional etnik Peru, seperti campuran biji dikisar dan minyaknya sebagai krim meremajakan kulit, manakala minyak bijinya disapu untuk melegakan sakit otot dan reumatik serta dimakan bagi mengawal kolesterol dan kesihatan kardiovaskular. Kajian klinikal dan eksperimen menunjukkan ia kaya dengan asid lemak tak tepu, tokoferol, dan sebatian fenolik yang bertindak sebagai antioksidan. Minyak dan biji panggangnya terbukti membantu mengurangkan kolesterol, trigliserida, dan LDL-C sambil meningkatkan HDL-C. Ekstrak daun dan minyak bijinya juga mempunyai aktiviti antitumor serta antiproliferatif terhadap sel kanser. Selain itu, ia diproses secara komersial menjadi produk minyak, syampu, serbuk protein, dan teh.
