Kenali Herba





Nama Saintifik

Ocimum basilicum L.

Family

Lamiaceae

Nama Tempatan

Selasih, kemangi (pulau pinang), selasih jantan, selasih putih, selasih hitam, selasih antan, selasi, selari, ruku-ruku, ruku-ruku hitam, tulasi

Keterangan

Ocimum basilicum ialah herba beraromatik yang boleh tumbuh menegak dan boleh mencapai ketinggian 1 m. Batang sering bercabang, berbentuk bersegi, berwarna hijau muda hingga ungu gelap, dan permukaan glabrus ke pilos. Daun tersusun setentang dan dekusat, berbentuk ovat-eliptik, hujung daun berbentuk akuminat, pangkal daun berbentuk atenuat, tepi daun hampir licin atau krenat hingga serat, berwarna hijau keunguan, dan berbau wangi apabila diramas. Tangkai daun panjang, berbulu hirsut. Jambak bunga terdiri daripada 2-3 kelompok sima bertentang pada terminal. Bunga berbentuk tiub, berwarna keputihan-keunguan hingga putih atau kuning krim, berbulu pilos pada permukaan luar, dan petal bilobus. Petal atas berlobus empat dan petal bawah berbentuk ovat. Kaliks berbentuk loceng, berlobus dua, bersifat pubesen pada pernukaan luar, dan pilos pada leher dalam. Buah dengan empat nutlet yang dilitupi dalam tiub kaliks kekal, nutlet berbentuk ovoid, berwarna hitam hingga perang gelap, dan membentuk salut berlendır apabıla dırendam dı dalam aır.



Kegunaan

Pokok ini digunakan untuk melawaskan kencing dan menghilangkan bau badan.