Kenali Herba





Nama Saintifik

Piper betle

Family

Piperaceae

Nama Tempatan

Sirih, sireh, betelvine

Keterangan

Piper betle ialah pohon saka, sejantina, pokok memanjat beraroma dengan akar bernodus. Cabang pokok membengkak pada nodus. Susunan daun berselang, berbentuk hati, licin, berkilat dan tangkai daun yang panjang dengan hujung daun yang runcing. Batang mempunyai nodus yang mudah dilihat dengan hanya satu daun di setiap nodus.

Kegunaan

Daun sirih terkenal kerana sifat penyembuhan luka (Rahman 2009). Dalam sistem perubatan tradisional India, daunnya dikenal pasti dengan aktiviti perangsang lipase pancreas dan pencernaan. Mengunyah sirih menjadi cecair sirih digunakan untuk penyakit ‘pirai’ (iaitu gouty arthritis). Air rebusan digunakan sebagai losen wanita selepas bersalin.

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)