Kenali Herba





Nama Saintifik

Curcuma xanthorrhiza Roxb.

Family

Zingiberaceae

Nama Tempatan

Temu lawak

Keterangan

Ciri-ciri fizikal makroskopik bagi organisme ini menunjukkan ia mempunyai bentuk rizom yang lembut dan berwarna kuning. Sifat herba bagi serbuk kering tumbuhan ini pula adalah berupa serbuk keperangan yang beraroma, serta memberikan rasa yang sedikit panas dan pedas.



Kegunaan

Untuk aspek kesihatan dan rawatan, temu lawak digunakan sebagai tonik, karminatif, dan antiradang, serta diamalkan untuk merawat sembelit, perut memulas, sakit perut, kecacingan, demam, malaria, reumatisme, kebas kaki, dan gonorea. Tumbuhan ini juga digunakan sebagai peltis demam untuk merawat bengkak. Bagi kegunaan lain, ia diaplikasikan sebagai bahan kosmetik, pencegah nyamuk, serta menjadi ramuan dalam pencuci rambut dan pewangi.