Kenali Herba





Nama Saintifik

Prismatomeris tetrandra (Roxburgh) K. Schum.

Family

Simaroubaceae

Nama Tempatan

Tongkat Haji Samad, sepedeh, mundess, susun kelapa hutan

Keterangan

Spesies ini tumbuh sebagai pokok renek atau pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 7 meter, dengan dahan-dahan muda yang mempunyai dua rabung membujur yang jelas. Daunnya tersusun bertentangan secara decussate, berbentuk elips hingga bujur berukuran 3–23 cm panjang dan 1–8 cm lebar, bertekstur kertas hingga kulit, dengan pangkal truncate dan hujung acute hingga acuminate. Tangkai daunnya berukuran 2–25 mm panjang. Bunganya tersusun secara infloresens cyme pada bahagian hujung dahan atau ketiak daun yang boleh memuatkan sehingga 20 bunga. Buahnya berbentuk subglobose (7–11 mm diameter) dengan biji bulat bersalut kulit coklat kemerahan gelap serta akarnya berwarna oren. Serbuk akarnya berwarna coklat kekuningan, tidak berbau, dan mempunyai rasa yang biasa. Pencerapan mikroskopik mendedahkan kehadiran sel parenkima, sel brachysclereid, gentian, dan serpihan salur berliang.



Kegunaan

Ekstrak akar Tongkat Haji Samad diguna dan diamalkan secara tradisional sebagai tonik kesihatan. Di samping itu, ekstrak akarnya yang berasaskan air turut dilaporkan pernah digunakan sebagai bahan campuran sampingan dalam penyediaan racun damak.