Pusat Pensahihan Bahan Mentah Herba
Latar belakangPusat Pensahihan Bahan Mentah Herba (CAHRM), FRIM berperanan menyediakan Sijil Analisis (COA) bagi tujuan pensahihan bahan mentah herba, dengan matlamat utama memperkasakan industri herba Malaysia melalui peningkatan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk yang dihasilkan. Beberapa makmal yang terlibat di bawah pusat ini turut menerima status Makmal Rakan BioNexus (BNP) daripada Bioeconomy Corporation, dan juga telah memperolehi akreditasi ISO/IEC17025 daripada Jabatan Standard Malaysia. Selain itu, Makmal Kawalan Kualiti Hasilan Semula Jadi (NPQC) juga telah mendapat pengiktirafan sebagai makmal panel daripada Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pengujian kawalan kualiti dan keselamatan produk hasilan semulajadi dalam bentuk bahan mentah herba, produk separuh siap dan produk akhir.Objektif• Membantu dalam menjamin kualiti, keselamatan dan efikasi penggunaan herba• Menyediakan landasan kajian saintifik bagi pembangunan garis panduan jaminan kualiti herba • Meningkatkan daya saing herba tempatan di pasaran global • Memupuk sifat bertanggungjawab dalam perdagangan dan perusahaan herba • Menjadi pusat rujukan dan latihan Kriteria sampel• Keseluruhan bahagian tumbuhan segar berserta buah atau bunga• Bahan mentah kering dalam bentuk serbuk • Jumlah bahan mentah kering yang diperlukan adalah sebanyak 200 gram • Jenis ujian pensahihan yang dijalankan bergantung kepada jenis sampel yang diterima
Kadar bayaran
Proses pelaksanaan perkhidmatan• Pertanyaan melalui telefon/emel• Permohonan sebutharga • Pengisian boring perkhidmatan • Penghantaran sampel • Proses pembayaran • Pelaksanaan ujian • Penyerahan laporan Piagam pelanggan• Perkhidmatan ujian dijalankan dengan teliti dan cekap.• Laporan ujian bersedia diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh masa 15 hari bekerja (tertakluk kepada jumlah sampel yang diterima dan keadaan peralatan). • Semua maklumat berkaitan pelanggan serta keputusan perkhidmatan adalah dikategorikan sebagai SULIT. PertanyaanUntuk maklumat lanjut sila hubungi:Dr Zunoliza Adbullah/ Ummu Hani Badron Bahagian Hasilan Semulajadi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, 52109 Selangor email: zunoliza@frim.gov.my; ummuhani@frim.gov.my Tel: 03-62797330/7356/7602 Faks: 03-62729805 |
