Tentang Kami
Pengenalan
Pada tahun 2014 FRIM telah menerima peruntukan untuk menjalankan projek Kajian Rantaian Nilai Industri Herba Terpilih di Semenanjung Malaysia daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Hasil daripada kajian tersebut, Sistem SRI Herba yang mengandungi maklumat pemain di dalam industri herba telah dibangunkan sebagai salah satu output projek. Sistem tersebut dibangunkan berdasarkan maklumat bancian yang dijalankan terhadap 6,545 pemain industri herba terdiri daripada 96 pembekal bahan tanaman, 462 penanam, 550 pengusaha, 445 pemborong dan 5,467 peruncit.
Sistem Rantaian Industri Herba telah dibangunkan secara dalaman oleh FRIM bertujuan menyediakan platform bagi menghubungkan keseluruhan pihak berkepentingan di dalam industri herba. Pada asalnya, sistem tersebut menyediakan maklumat bagi menghubungkan permintaan dan penawaran bahan mentah di kalangan pemain industri. Direktori pemain yang terdiri daripada pembekal bahan tanaman, penanam, pemproses/pengusaha, pemborong dan peruncit dan statistik terkini berkaitan industri herba turut dipaparkan. Bagi memperkasakan lagi sistem tersebut, peningkatan terhadap fungsi dan ciri-ciri sistem dilakukan dari masa ke semasa. Kini, sistem tersebut telah dijenamakan semula. Penjenamaan semula ini bukan sekadar melibatkan perubahan nama dan logo semata-mata, tetapi turut melibatkan penambahan dan penambahbaikan fungsi yang signifikan. Selain paparan muka utama yang berinformasi, khidmat bagi menghubungkan pengguna kepada pasaran produk secara dalam talian turut ditawarkan. Pihak FRIM turut sentiasa sedar penambahbaikan berterusan sentiasa diperlukan seiring dengan keperluan terkini revolusi digital bagi membolehkan sistem ini kekal kompetitif.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan
• Mendapatkan produk herba berdekatan dengan segera.
• Informasi landskap umum industri herba di Semenanjung Malaysia.
• Memperluaskan jaringan pasaran produk tanpa sempadan.
• Mendapatkan pembekal bahan mentah yang dipercayai dan diiktiraf.
• Peluang pengiklanan produk secara percuma.
• Ketahui pengusaha yang mempunyai fasiliti penghasilan produk secara OEM.
• Akses maklumat dana dan program yang disediakan oleh kerajaan.
• Peluang menceburi industri herba.
• Rujukan persampelan dalam kajian berkaitan industri herba.
• Memberi manfaat kepada penyelidik yang menjalankan kajian berkaitan industri herba.
Pengguna yang disasarkan
• Pemain industri herba
• Pengguna produk herba
• Penyelidik
• Penggubal dasar
• Pensyarah
• Pelajar
• Orang awam